KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan enam hari berturut-turutnya dengan ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung saham berkaitan komoditi dan perjudian, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka 1.81 mata lebih baik pada 1,573.29, bergerak antara paras 1,569.03 dan 1,574.45 sepanjang sesi dagangan.
Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 581 daripada 443, manakala 535 kaunter tidak berubah, 807 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.
Jumlah dagangan merosot kepada 3.96 bilion unit bernilai RM2.83 bilion daripada 4.25 bilion unit bernilai RM3.03 bilion pada Rabu.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama juga kebanyakannya lebih rendah berikutan prestasi bercampur-campur di Wall Street, yang dilanda penurunan saham berkaitan teknologi.
Beliau berkata pelabur kini menggunakan pendekatan tunggu dan lihat menjelang musim pengumuman pendapatan firma-firma global.
Di peringkat tempatan, Thong menyifatkan penjualan hari ini membolehkan pasaran menyerap aliran menaik baru-baru ini, membuka peluang pengumpulan saham pada harga rendah.
"Kami berpandangan bahawa jika indeks penanda aras mampu secara konsisten kekal di atas paras 1,570 untuk tempoh yang lebih lama, terdapat peluang lebih tinggi untuk peningkatan selanjutnya. Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI akan berada dalam aliran julat 1,565-1,575 ke arah hujung minggu," katanya kepada Bernama.
Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan serta Pengurus Portfolio UOB Kay Hian Mohd Sedek Jantan berkata walaupun berlaku penurunan kecil hari ini dalam FBM KLCI selepas mencecah paras tertinggi dua tahun semalam, sentimen pasaran telah menunjukkan daya tahan yang ketara.
"Indeks itu, yang mencecah paras tertinggi intra hari pada 1,574.45 hari ini, mengalami penyusutan yang sederhana, namun ini memperlihatkan kekuatan pasaran kami ketika ini," katanya.
Antara saham wajaran tinggi, CIMB menokok 1.0 sen kepada RM6.68, Maybank dan Public Bank turun 2.0 sen masing-masing kepada RM9.78 dan RM4.23, Petronas Chemicals susut 12.0 sen kepada RM6.76, manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM11.86.
Bagi saham aktif, Berjaya Corporation naik 1.0 sen kepada 29.5 sen, Fitters Diversified menokok setengah sen kepada 5.0 sen, InGenieur Gudang turun 1.5 sen kepada 11.5 sen, Ekovest susut 1.0 sen kepada 45 sen, manakala Sapura Energy tidak berubah pada 4.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 19.51 mata kepada 11,780.98, Indeks FBM 70 susut 27.01 mata kepada 16,355.30 dan Indeks FBMT 100 susut 16.91 mata kepada 11,418.47, Indeks FBM Emas Syariah turun 23.50 mata kepada 11,951.37, dan Indeks FBM ACE turun 51.80 mata kepada 5,015.01.
Dari segi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.24 mata kepada 186.56, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 22.11 mata kepada 17,363.95, Indeks Tenaga merosot 2.40 mata kepada 971.40, dan Indeks Perladangan susut 7.49 mata kepada 7,426.05.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.48 bilion unit bernilai RM2.51 bilion berbanding 2.41 bilion unit bernilai RM2.63 bilion pada hari Rabu.
Jumlah dagangan waran susut kepada 977.13 juta unit bernilai RM141.19 juta berbanding 1.21 bilion unit bernilai RM170.48 juta semalam.
Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 501.52 juta saham bernilai RM177.04 juta daripada 629.57 juta saham bernilai RM231.37 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 495.78 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (583.40 juta), pembinaan (266.24 juta), teknologi (255.86 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (92.72 juta), hartanah (258.08 juta), perladangan (27.71 juta), REIT (22.97 juta), dana tertutup (59,000), tenaga (257.90 juta), penjagaan kesihatan (43.66 juta), telekomunikasi dan media (47.12 juta), pengangkutan dan logistik (43.03 juta). ), utiliti (84.84 juta), dan amanah perniagaan (4.15 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan enam hari berturut-turutnya dengan ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung saham berkaitan komoditi dan perjudian, kata seorang penganalisis.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Hentikan amalan sakau wang rakyat, kayakan diri dan kelompok kecil - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan mewarisi negara dalam keadaan sukar, termasuk hutang negara yang tinggi dan kenyataan itu seolah-olah cuba dipadamkan sesetengah pihak.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel - PM Anwar
Dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar RM4 bilion setahun.
Rasuah adalah barah utama yang melemah ekonomi negara, menjatuhkan moral rakyat - PM
Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah sudah sistemik, dari peringkat atas, peringkat penengah hingga ke peringkat bawahan.
Permodalan pasaran Bursa Malaysia, FBM KLCI capai satu lagi paras tertinggi
Permodalan pasaran keseluruhan Bursa Malaysia dan dagangan indeks barometer mencapai satu lagi paras tertinggi setakat ini bagi tahun ini.
Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti ambil untung
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung susulan prestasi positifnya semalam serta menjejaki prestasi semalaman Wall Street.
Urus niaga mencurigakan, tiada keperluan mendesak jual pegangan MAHB - Radzi Jidin
Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan yang dilihat terlalu gelojoh untuk mengeluarkan MAHB daripada Bursa Malaysia.
Bursa Malaysia cecah paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Saham di Bursa Malaysia melepasi paras rintangan 1,620 mata pada Isnin susulan aliran masuk dana yang tinggi ke dalam negara, melonjakkan indeks utama ke paras tertingginya sejak Mac 2021.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Ia merupakan aspirasi yang diharap dapat dicapai dalam usaha menstruktur semula ekosistem ekonomi syarikat Bumiputera.
Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research
Dana asing yang merekodkan aliran keluar sehingga kini bertukar kepada aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 juta.
Bursa Malaysia terus catat kenaikan dalam dagangan awal
Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat pada sesi dagangan awal hari ini walaupun prestasi Wall Street yang bercampur-campur.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
FBM KLCI di paras tertinggi sejak Mac MAC 2022, penurunan kadar dijangka dorong sentimen global
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 7.88 mata kepada 1,611.11 berbanding 1,603.23 semasa ditutup semalam, menandakan paras tertingginya sejak Mac 2022.
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.